Monday, November 21, 2016

Kelebihan emas sebagai pelaburan



KELEBIHAN EMAS SEBAGAI PELABURAN
[Tiada pada pelaburan lain]


Prinsip asas pelaburan emas adalah sama dengan pelaburan lain yang ada didunia ni. Bezanya adalah orang yang berilmu saja yang akan berjaya. Yang melabur sekadar ikut-ikutan saja tak akan kemana.


Setiap pelaburan ada naik, dan ada turunnya, tidak kira ianya pelaburan saham, pelaburan hartanah, pelaburan emas dan lain-lain.


Namun ada kelebihan dalam pelaburan emas yang tiada pada pelaburan lain iaitu ianya TIADA dalam sistem kewangan dunia pada ketika ini.


Maksudnya disini, pemilikan emas tidak seperti pemilikan rumah, pemilikan saham, pemilikan hartanah dan lain-lain yang rekodnya disimpan oleh pihak lain seperti bank, pihak syarikat dan sebagainya.


Jadi kesimpulannya, pemilikan emas hanya diketahui oleh pemilik itu sendiri. Orang lain tidak akan tahu berapa jumlah kekayaan yang ada pada pemilik emas lain.



tulisan oleh: 
Khaja Nazimudeen Yaacop 

No comments:

Post a Comment