Saturday, November 12, 2016

5 Situasi duit tidak laku berbanding emas

5 SITUASI DUIT TIDAK LAKU BERBANDING EMAS.

1. Dimamah inflasi. 


Semakin hari semakin kurang kuasa membeli dengan menggunakan wang tunai. Ini maksudnya duit semakin tidak laku kesan inflasi. Formula mudah yang kita akan gunakan ialah; duit yang sama banyak, tidak boleh membeli barang yang sama pada masa hadapan.

Berlainan dengan emas, ia tidak dimamah inflasi, bahkan kuasa beli pemiliknya akan lebih kuat dari masa ke semasa. Sebab itu simpanan negara-negara di dunia adalah emas, bukan wang kertas!

2. Duit koyak.
Duit yang koyak tidak laku untuk berjual beli. Usahkan koyak, jika dimamah anai-anai sedikit dibahagian hujung pun sudah tidak laku. Jika duit RM10 dikoyak dua, ia tidak akan menjadi RM5 setiap bahagian. Tetapi jika emas 10 gram dipatah dua, ia akan jadi 5 gram setiap bahagian.


3. Duit tamat tempoh. 

Jika anda masih menyimpan duit kertas RM2 yang pernah dikeluarkan oleh BNM suatu ketika dahulu, duit itu sudah tidak laku digunakan sekarang. Tetapi jika anda menyimpan emas dari zaman nenek moyang anda sekalipun, ia masih lagi laku untuk dijual sekarang.


4. Duit asing di negara asing. 

Duit RM tidak laku sebenarnya di negara asing. Sebab itu kita mesti menukar kepada matawang negara tersebut sekiranya kita ada urusan di luar negara.

Manakala emas pula adalah matawang sebenar peringkat antarabangsa. Bawa saja ke mana-mana, pasti laku dan boleh ditukar. Kalau nak gadai pun boleh.

5. Duit negara yang bergolak. 

Negara-negara yang bergolak ekonomi dan politiknya, tidak menggunakan matawang negara mereka tetapi memilih untuk menggunakan matawang yang lebih stabil seperti USD atau EURO.

Satu contoh menarik di negara kita ialah apabila berlaku bencana alam seperti banjir di Kelantan. Kerana keputusan bekalan makanan, penduduk Rantau Panjang terpaksa menyeberang ke Golok untuk membeli barang keperluan harian. Kedai di Golok tidak menerima wang RM tetapi mereka menerima emas sebagai bayaran harga barang.

Untung sungguh orang yang simpan banyak emas ketika itu.

SILA SHARE UNTUK BERKONGSI ILMU.


-Ustaz Khairul Anuar Basri



No comments:

Post a Comment