Tuesday, November 15, 2016

Apa maksud 'rat race' ?

KELUAR RAT RACE (MASUK FAST TRACK)
==============================
Rat Race adalah istilah yang digunakan oleh Robert Kiyosaki bagi menggambarkan rutin harian kita sehari-hari terutama yang masih bekerja makan gaji.

Mula dari bangun tidur, mandi, start enjin kereta, sampai ke tempat kerja, bekerja, balik kerja, sampai ke rumah kembali. Esok, lusa, tulat lakukan perkara yang sama terus menerus setiap hari sepanjang hidup kita.

Akhir bulan dapat laaa gaji, then bayar hutang, hujung minggu shopping, tak sampai tengah bulan duit deficit untuk melangsungkan kehidupan separuh bulan berbaki. Solution, buat kerja lebih masa (OT) untuk menyara hari-hari berbaki sebelum sampai gaji seterusnya. You exchange your TIME for MONEY.

Repeat cycle yang sama sepanjang hayat.

Bagi yang masih 'suci', perkara ni nampak wajar dan begitulah adat hidup. Tapi bagi yang berfikir, apakah tiada cara lain untuk keluar dari kehidupan seperti ini? Tiadakah cara lain untuk kita menjadi individu yang 'independent'?.

Sebenarnya, banyak cara untuk keluar dari rat race. Caranya ada terhidang di depan kita. Tapi seringkali kita membiarkan sahaja peluang itu pergi. Seronok melihat sahabat-sahabat yang sudah membebaskan diri dari rat race. Insya Allah turn saya pula lepas ni 💪🏼💪🏼💪🏼

P/S: post ini tiada kaitan dengan yang telah hidup atau yang masih mati

kredit tulisan : Irwanie Ismail 



No comments:

Post a Comment