Friday, November 18, 2016

Siapa yang dah beli emas pada Januari 2016?

Siapa yang dah beli emas pada Januari 2016? 

Harganya pada ketika itu sekitar RM156/gm. Harganya pada hari ini pula berada pada RM183/gm. Kenaikan harga sekitar 17% dalam tempoh tidak sampai setahun.

Keuntungan yang berada di dalam kawalan anda, kerana anda boleh jual emas tersebut pada bila-bila masa jika sudah memperolehi keuntungan yang anda inginkan. Bagaimana pula dengan ASB & Tabung Haji?

Jika nak dapatkan dividen ASB & Tabung Haji pula kena genapkan setahun simpanan anda untuk perolehi dividen tersebut. Dividen pula hanya sekitar 7% hingga 8% sahaja setahun.

Adakah kita boleh kawal keuntungan kita dengan simpanan ASB & Tabung Haji? TIDAK! kerana yang mengawal segala keuntungan kita adalah kerajaan. Bukan kita sendiri yang tentukan.

Berbeza pula dengan emas, Tidak perlu tunggu tempoh setahun! Jika tidak pada hari ini, pada Julai 2016 juga harga emas pada harga yang tinggi iaitu sekitar RM190/gm. Kenaikan harga sekitar 22%. Menarik bukan? Keuntungan yang berada dalam kawalan anda pada bila-bila masa.
Wallahualam..


tulisan oleh : Azhar Abdullah 

No comments:

Post a Comment