Wednesday, November 16, 2016

3 jenis kebocoran tunai

3 JENIS KEBOCORAN TUNAI.

Saya yakin, kita biasa mengalami situasi-situasi seperti berikut :

1. Ketika kita mula bekerja 10 tahun lalu, dengan sekian banyak RM kita boleh membeli rumah idaman kita. Tetapi sekarang, dengan RM yang sama kita sudah tidak mampu membeli rumah idaman kita itu. Ini kita namakan inflasi. Kita hilang kuasa beli kita kerana nilai RM kita sentiasa jatuh.

2. Setiap bulan apabila tiba hari gaji, kita sudah memasang angan-angan untuk membeli sesuatu. Naluri berbelanja yang kuat ini adalah hasil daripada adanya duit. Kadang-kadang belanja keinginan lebih banyak dari belanja keperluan.

3. Apabila kita dipandang sebagai orang yang berduit kerana kedudukan atau pekerjaan kita, maka tinggilah kemungkinan untuk kenalan-kenalan rapat kita untuk meminjam duit dengan kita. Taknak diberi, tak sampai hati. Apabila diberi, ada juga kemungkinan hutang itu tidak dibayar.

3 keadaan di atas adalah situasi kebocoran atau ketirisan tunai.

Saya tidak nampak jalan penyelesaiannya selain dari menukar duit tersebut kepada aset seperti tanah, rumah, emas atau sebagainya. Duit kita akan selamat jangka panjang dan kekayaan kita boleh meningkat. Kita juga hilang nafsu untuk mengikis harta kita sendiri.

kredit tulisan: 
Upik N Edison



No comments:

Post a Comment